Monday 27 January 2014

Dramatic Exfoliating Massage Lotion



Hari ini juga saya ingin berkongsi dengan kengkawan semua tentang keistimewaan produk Giffarine iaitu Dramatic Exfoliating Massage LotionIa berfungsi sebagai `scrub wajah’.  Berapa ramai antara kita yang memang mempunyai rutin 2 kali seminggu menggunakan scrub wajah?

Mungkin ada antara kita yang seolah tak ambil port langsung tentang pentingnya scrub untuk penjagaan kulit.  Ada yang mengatakan scrub wajah yang mereka gunakan seakan tidak menampakan hasil yang memberangsangkan.  Kulit masih kasar dan tiada perbezaan. Yang mana mempunyai kulit wajah berjerawat yang agak kronik atau berkulit sensitif, anda tidak digalakan memakai scrub wajah.  Sebaiknya rawat masalah anda dahulu sebelum mencuba lotion scrub wajah.

Inilah Dramatic Exfoliating Massage Lotion.
Ia dapat memberi kesan yang ketara walau walau hanya sekali selepas penggunaan pertama.  Ia menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa iritasi. Mengecil dan membersih liang-liang roma terbuka dan menggalakkan pembentukan sel kulit baru. Wajah anda kelihatan lebih segar, cerah dan bebas dari kulit kasar dan gelap.  Selepas penggunaan yang pertama anda akan mendapati kulit serta merta menjadi lembut dan licin berbanding sebelum menggunakannya. SUNGGUH MENGKAGUMKAN!! Cubalah dan alamilah kehebatannya..saya telah pun mencubanya dan sangat berpuashati dengan hasilnya.

Cara Penggunaan:

Sebelum tidur setelah membersihkan solekan dan mencuci wajah anda dengan sempurna, gunakanlah lotion ini.  Sapukan lotion dan urut wajah anda sehingga kering. Dengan lembut, urut keluar losyen tadi dengan hujung jari. Semasa proses urutan keluar lotion ini, anda akan mendapati bahawa sel-sel kulit mati ditarik keluar secara semulajadi dan lembut.

Kemudian bersihkan muka dengan tuala lembap/ span lembab atau air. biarkan kering dan bolehlah diikuti dengan langkah seterusnya iaitu memakai toner, pelembap dan krim malam. Anda akan dapat rasakan kulit anda begitu lembut dan licin. Lotion ini mampu menarik keluar kekotoran yang terperangkap di dalam liang roma, menjadikan kulit bersih di luar dan dalam dan dapat menghindarkan pertumbuhan jerawat dan jeragat dan menghapuskan terus jerawat dan jeragat.

Selain itu lotion ini juga boleh digunakan pada tubuh badan untuk membuang daki-daki dan kekotoran pada kulit terutama di belakang tengkuk, buku lali kaki, tangan dan lain-lain anggota.


No comments:

Post a Comment