Tuesday 25 December 2012


PROMOSI AKHIR TAHUN 26 DISEMBER - 3 JANUARI 2013

Sesiapa berminat untuk membeli produk Giffarine dengan diskaun 25% bolehlah menjadi ahli dengan bayaran yuran seumur hidup RM35.00.



Thursday 13 December 2012

Co Enzym Q10

  Co-Q10 Complex

RM79.00 /RM59.25 (Harga Member)
Co-Enzyme Q10 with Taurine & Citrus Bioflavonoids Capsule
MAL11035014N


Manfaat Co-Q10

Kajian mendapati pengambilan Co-Enzim Q10 dari 120 mg/hari untuk pesakit Congestive Heart Failure dapat mengurangkan penyakit dari berulang dan memulihkan fungsi jantung selepas pembedahan.

Diperlukan untuk melindungi jantung dengan kolestrol LDL antioksidan, kerana jika LDL teroksida, kolestrol dalam dinding pembuluh darah akan dihancurkan oleh leukosit dan menyebabkan penyakit jantung.

Co-Q10 juga berkait langsung dengan struktur tubuh dan tenaga, membantu mengubah makanan menjadi tenaga dalam mitokondria dalam sel tubuh yang memainkan peranan utama dalam bioenergi mitokondria.  Oleh itu kita akan menemui banyak Co-Q10 dalam tenaga pada organ seperti jantung, paru-paru dan hati.

Mengurangkan risiko penyakit  termasuk migraine

Co Enzyme Q10 baik untuk pesakit Beta-Thalassemia/HbE, yang mempunyai kadar Co-Q10  rendah dalam darah kerana Co-Q10 membantu pesakit mengurangkan pengoksidaan di dalam sel dan menjadikan kesihatan bertambah baik.

Co-Q10 yang dahulunya dapat melambatkan, tapi sekarang menyembuhkan demensia pada p esakit Alzheimer seperti Dementia, penyakit Parkinson, Bronchial Asthma, Tubulophaty.

Taurine

Ini adalah asid organic.  Taurine selalu digunakan sebagai suplemen nutrisi di luar Negara dan boleh ditemui di jantung, retina, otot, air susu ibu manusia.  Membantu pada metabolisme sel, kawalan kalsium dalam sel, membakar gula dan membantu dalam sel jantung bekerja.  Ia digunakan untuk rawatan jantung dan diabetes.  Taurine adalah asid amino yang merupakan unsure utama dari hempedu dan dari hasil kajian ini mendapati Taurine dapat membantu Congestive Heart Failure.

Citrus Bioflavonoid

Merupakan sumber yang ditemui dalam tanaman, buah-buahan, sayur-sayuran dan salah satu Phytonutrients yang dikenali sebagai anti oksidan.  Dari hasil kajian itu, ia diterima di seluruh dunia bahawa citrus bioflavonoid digunakan untuk melindungi manusia daripada kanser tertentu dan penyakit jantung.

MANFAAT Co-Q10

Co-Q10 amat sesuai dan berguna untuk membantu penyakit jantung, Antioksidan, Migrain, Beta-Thalassemia, Demensia, Alzheimer dan Parkinson.  Co-Q10 adalah pilihan hidup sihat.


Apa itu Koenzim Q10? Dan Apakah Manfaat Koenzim Q10?
KOENZIM Q10 (Co Q10) atau ubikuinon merupakan salah satu daripada nutrien yang paling penting dalam badan manusia.
Dr. William Judy, seorang penyelidik perubatan dan pakar yang terkemuka mengenai Co Q10 berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa tanpa Co Q10 yang mencukupi, sel-sel, organ-organ, bahkan seluruh sistem badan tidak dapat mengeluarkan cukup tenaga untuk berfungsi dengan baik.
Dr. Karl Folkers, seorang ahli biokimia yang terkenal pula menyifatkannya sebagai penemuan biokimia yang terpenting dalam tempoh empat dekad yang lalu.
Untuk membantu para pembaca mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nutrien yang penting ini, kami telah menyediakan beberapa jawapan yang jelas dan mudah difahami mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya tentang Co Q10

1. Apakah Koenzim Q10 (Co Q10)?
Co Q10 ialah sejenis bahan yang menyerupai vitamin dan dijumpai di dalam setiap sel dalam badan. Ia merupakan salah satu daripada nutrien paling penting dalam badan manusia dan juga dalam semua organisma hidup, termasuk tumbuhan dan haiwan.

2. Mengapakah Co Q10 begitu penting?
Co Q10 adalah penting bagi kesihatan dan daya hidup anda, bahkan untuk hidup itu sendiri. Co Q10 mempunyai dua peranan penting. Pertama, ia memainkan peranan yang kritikal dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Sel dan badan anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, dari kegiatan mengepam oleh jantung sehingga ke pernafasan, berjalan mahupun berfikir.

Kedua, Co Q10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa dan dapat mematahkan serangan radikal bebas. Kesihatan yang baik bermula dan dikekalkan dengan sel-sel yang sihat. Tidak ada ancaman lain yang boleh mengancam sel-sel anda dengan lebih serius pada hari ini selain daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.
Radikal bebas merupakan molekul-molekul yang mempunyai kereaktifan yang sangat tinggi, dikeluarkan secara semulajadi di dalam sel-sel anda semasa proses pengoksidaan. Radikal bebas ini menyerang sel-sel badan, membran, bahkan DNA itu sendiri. Apabila sel-sel rosak, maka kesihatan anda akan tergugat, seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit dan juga mempercepatkan proses penuaan.
3. Co Q10 memainkan peranan penting
dalam pengeluaran tenaga tetapi di manakah tenaga ini dikeluarkan dalam badan?
Tenaga sebenarnya dikeluarkan di dalam setiap satu daripada bertrilion sel dalam badan. Di dalam setiap sel terdapat banyak mitokondria (loji kuasa) di mana makanan ditukarkan menjadi tenaga dikenali sebagai Adenosine Trifosfat (ATP).

ATP adalah sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan, seolah-olah seperti sebuah bateri, yang diperlukan oleh tisu sel dan organ anda untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa Co Q10, badan anda tidak dapat mengeluarkan tenaga.
4. Apakah manfaat daripada Co Q10 larut air (hydrosoluble)?
a. Meningkatkan tenaga dan Daya Hidup
Co Q10 larut air terlibat dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Tenaga yang mampu dikeluarkan oleh Co Q10 bukan sekadar sejenis tenaga yang hanya membolehkan anda berlari ke sana-sini secara fizikal, malahan ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk memproses makanan, tenaga yang diperlukan oleh jantung anda untuk terus mengepam darah, malahan tenaga yang perlu dibekalkan kepada setiap organ dalam badan agar ia dapat berfungsi dengan sempurna.

b. Menyokong jantung yang kuat
Jantung memerlukan bekalan tenaga yang paling besar berbanding dengan organ lain dalam badan anda. Otot-otot jantung tidak pernah berhenti bekerja. Untuk kita terus hidup, jantung kita mesti terus mengepam darah dan kegiatan ini memerlukan tenaga dan Co Q10.
Jantung memerlukan sepuluh kali ganda lebih banyak Co Q10 untuk berfungsi secara optimum. Jika jantung mengepam darah dengan baik, maka pernafasan juga menjadi lebih lancar. Tangan dan kaki anda akan berasa lebih kuat, demikian juga minda berasa lebih tajam. Malahan seluruh jiwa raga anda berasa lebih bertenaga.

c. Menyokong Sistem Imuniti
Apabila badan menjadi lebih kuat sehingga ke peringkat setiap sel, begitu juga dengan sistem imuniti anda. Ancaman terhadap sistem imun oleh radikal bebas sebenarnya merupakan serangan terhadap setiap sel anda. Radikal bebas boleh mengoksidakan atau merosakkan sel-sel jantung, paru-paru, hati, mata, perut, arteri, kulit, payu dara dan organ-organ lain dan boleh menjadi suatu ancaman yang besar terhadap kesihatan. Co Q10 boleh membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Hasilnya, sel-sel organ dan badan anda kekal sihat.

d. Memperlahankan proses penuaan
Satu lagi manfaat yang paling berkuasa daripada Co Q10 ialah apabila ia disertai dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat (seperti senaman), ia dapat membantu anda menangani proses penuaan dengan lebih baik.

5. Dari manakah badan anda mendapat CoQ10?
Co Q10 dibuat secara semula jadi di dalam hati dan juga oleh setiap sel dalam badan. Biosintesis Co Q10 merupakan proses 17 peringkat yang memerlukan asid amino beserta dengan beberapa jenis vitamin dan mineral surih.

Ia juga dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil. Diketahui bahawa paras Co Q10 dalam badan kita menurun apabila usia kita semakin meningkat. Inilah sebabnya mengapa pakar menasihati mereka yang berusia 30 tahun ke atas supaya mengambil makanan tambahan Co Q10 larut air (hydrosoluble) kerana ia merupakan jenis yang paling mudah diserap ke dalam aliran darah.
Bentuk tradisi suplemen Co Q10 tidak dapat diserap dengan mudah oleh badan (serbuk Co Q10 yang diampaikan dalam minyak soya, dalam kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah Co Q10 adalah sangat besar, tidak larut air serta tidak begitu larut dalam lipid, membuatnya sukar diserap badan anda.
Namun demikian, terdapat satu bentuk Co Q10 yang larut air (hydrosoluble) dan dihasilkan melalui teknologi “Biosolv” yang dipatenkan. Ini dapat mengurangkan saiz zarah Co Q10 dari 25 hingga 70 mikron, kepada kurang dari 0.3 mikron iaitu lebih kecil daripada saiz bakteria!
Oleh itu, ia dapat diserap dengan lebih mudah ke dalam aliran darah. Apa yang tidak dapat diserap ke dalam aliran darah tidak boleh digunakan oleh badan. Dengan mengambil Co Q10 yang larut air, lebih banyak Co Q10 boleh diserap ke dalam aliran darah untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.
Sumber : Utusan Malaysia Online 25 Jan 2009

Thursday 6 December 2012

Allah Taala berfirman: "Di dalam kedua syurga terdapat mata air yang memancar keras terus menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan? Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima." (Al-Rahman: 66-68)
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
Diluluskan oleh: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Halal.
Isi Kandungan: 30 Tablet / Harga: RM39.00 Sahaja.
Delima adalah buah istimewa dengan bau yang wangi dan luar biasa. Dalam sejarah perubatan China delima dianggap buah yang suci dan digunakan sebagai ubat sejak 8000 tahun yang lalu. Kitab Parsi Kuno menyebut bahawa delima mengandungi semua gizi yang dijumpai dalam buah-buahan lain. Delima ditanam secara meluas dan produknya terkenal di seluruh dunia. Beberapa antioksidan seperti polyphenols, anthocyanins, anthocyanidins, derivatives asid ellagic dan tannin terhidrolisa ditemui di dalam kulit, biji dan jus delima.
 
Manfaat Buah Delima Dalam Kitab Perubatan Parsi.
Buah delima mengandungi beberapa vitamin, magnesium, dan kalsium yang memiliki manfaat bagi jantung dan sistem peredaran darah. Kitab Perubatan Parsi yang dianggap sebagai asal usul dan rujukan perubatan Barat, menunjukkan beberapa manfaat dan kebaikan buah delima.

  • Delima mengandungi beberapa antioksidan yang berkesan untuk melindungai organ-organ badan manusia.
  • Penurunan risiko penyakit jantung serta mencegah atherosclerosis dan pengerasan pembuluh darah.
  • Bertindak sebagai agen kardiotonik penyakit jantung iskemik dengan meningkatkan aliran darah. Ia juga mengurangkan iskemia pada pesakit koronari.
  • Dua minggu selepas meminum 50cc jus delima, akan mengurangkan 5% bagi pesakit hipertensi.
  • Bergizi dan melindungi hati dari racun atau toksin (kesan Hepatoprotektif).
  • Antioksidan dalam jus delima menghalang sel kanser payudara manusia.
  • Ekstrak buah delima membantu menghalang bahagian dan penyebaran sel-sel kanser prostat manusia dan ada kajian yang berpendapat bahawa memakan buah delima dapat mencegah kanser prostat.
  • Banyak lagi khasiat buah delima untuk kesihatan anda.

Kanser Payudara merupakan penyakit yang digeruni wanita. Dikatakan salah satu cara untuk mengurangkannya adalah dengan memakan buah delima. Selain efektif untuk melawan kanser payudara, ia juga baik untuk jantung. Hasil kajian makmal menunjukkan bahawa buah delima mengandungi sebatian kimia yang mampu mengurangkan risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara. Buah delima yang segar dan manis ini mengandungi polifenol antioksidan. Kanser payudara sangat dipengaruhi hormon estrogen. Jika seorang wanita sudak tidak lagi mengeluarkan hormon ini, maka risiko untuk terkena kanser payudara akan menurun.
Kepada anda yang ingin mencuba serta mengamalkan Granada Tablet ini, bolehlah membuat pesanan terus kepada saya dengan membuat bayaran RM39.00 + RM1.00 (urusan pos) = RM40.00 Sahaja.

Kami juga membuka peluang kepada anda untuk menjadi pengedar bagi Granada Tablet serta produk-produk yang lain dengan menjadi ahli. Bayaran pendaftaran cuma RM35.00 sahaja seumur hidup. Faedah-faedah yang bakal anda dapat adalah:
  • Potongan harga 25% ke atas semua produk-produk kami.
  • Komisen sehingga 45% kepada pengedar yang rajin.
  • Tabung Kebajikan & Khairat sehingga RM19,000.00.
  • Perlancongan Percuma setiap tahun.
  • Cabutan Bertuah bulanan & tahunan.
  • Dan banyak lagi..
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
HP/SMS: 019-5140010
Email: qalesyabiz@gmail.com