Hari ini juga
saya ingin berkongsi dengan kengkawan semua tentang keistimewaan produk Giffarine iaitu Dramatic Exfoliating Massage Lotion. Ia berfungsi sebagai `scrub wajah’. Berapa ramai antara kita yang
memang mempunyai rutin 2 kali seminggu menggunakan scrub wajah?
Mungkin ada
antara kita yang seolah tak ambil port langsung tentang pentingnya scrub untuk
penjagaan kulit. Ada yang mengatakan
scrub wajah yang mereka gunakan seakan tidak menampakan hasil yang memberangsangkan. Kulit masih kasar dan tiada perbezaan. Yang
mana mempunyai kulit wajah berjerawat yang agak kronik atau berkulit sensitif,
anda tidak digalakan memakai scrub wajah. Sebaiknya rawat masalah anda dahulu sebelum
mencuba lotion scrub wajah.
Inilah Dramatic Exfoliating Massage Lotion.
Ia dapat memberi kesan yang ketara walau walau hanya sekali selepas penggunaan
pertama. Ia menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa iritasi. Mengecil dan membersih
liang-liang roma terbuka dan menggalakkan pembentukan sel kulit baru. Wajah
anda kelihatan lebih segar, cerah dan bebas dari kulit kasar dan gelap. Selepas penggunaan yang pertama anda akan
mendapati kulit serta merta menjadi lembut dan licin berbanding sebelum
menggunakannya. SUNGGUH MENGKAGUMKAN!! Cubalah
dan alamilah kehebatannya..saya telah pun mencubanya dan sangat berpuashati
dengan hasilnya.
Cara Penggunaan:
Sebelum tidur setelah membersihkan solekan dan
mencuci wajah anda dengan sempurna, gunakanlah lotion ini. Sapukan lotion dan
urut wajah anda sehingga kering. Dengan lembut, urut keluar losyen tadi dengan
hujung jari. Semasa proses urutan keluar lotion ini, anda akan mendapati bahawa
sel-sel kulit mati ditarik keluar secara semulajadi dan lembut.
Kemudian bersihkan muka dengan tuala lembap/ span
lembab atau air. biarkan kering dan bolehlah diikuti dengan langkah seterusnya
iaitu memakai toner, pelembap dan krim malam. Anda akan dapat rasakan kulit
anda begitu lembut dan licin. Lotion ini mampu menarik keluar kekotoran yang
terperangkap di dalam liang roma, menjadikan kulit bersih di luar dan dalam dan
dapat menghindarkan pertumbuhan jerawat dan jeragat dan menghapuskan terus
jerawat dan jeragat.
Selain itu lotion ini juga boleh digunakan pada
tubuh badan untuk membuang daki-daki dan kekotoran pada kulit terutama di belakang
tengkuk, buku lali kaki, tangan dan lain-lain anggota.
No comments:
Post a Comment